Thursday, April 30, 2009

ePiLog SiLaM



Selama ana hidup, telah banyak ana belajar untuk kenal erti hidup yang sebenarnya. Begitu banyak lagi perkara yang masih kita perlu lalui. Kesusahan yang selama ini ana harungi itulah yang banyak mengajar untuk ana teruskan hidup. Ana akui begitu banyak kesilapan dan dosa yang ana lakukan kepada Allah S.W.T , ibu bapa dan rakan-rakan ana, kadang-kadang ana tidak sedar itu semua. Ana leka dan alpa dengan dunia yang dikejar tanpa penghujungnya.


" Ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosaku...sesungguhnya hambamu ni banyak melakukan kesilapan dan dosa padaMu, adakalanya hambamu ini juga melupakanMu...Ya Allah sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa dan maha pengampun...Amin

Setelah 21 tahun ana mengecapi hidup di muka bumi Allah S.W.T ini. Begitu banyak ranjau dan dugaan yang ana terima, tetapi ana akui dan redha dengan segala ujian yang diberikan kepada diri ini itu semua adalah kehendakNya. Matlamat ana sebenarnya dalam hidup ini untuk menjadi manusia yang cemerlang didunia dan lebih-lebih lagi akhirat.Bukan semudah yang kita sangkakan ada liku-liku yang mendatang akan tiba di hadapan kelak.

Terima kasih ana tujukan kepada Allah S.W.T kerana ana dilahirkan menjadi hambaNya. Terima kasih juga kepada ibu dan ayah ana kerana melahirkan ana dan menjaga ana walaupun tidak sepenuhnya, ibu ayah walau begitu banyak kekurangan yang hadir pad diri kamu semua, kamu tetap ibu dan ayah ku untuk selamanya. InsyAllah kita akan ketemui juga suatu hari nanti. Ketahuilah jauh di sudut hati ini merindui kasih dan sayang dari seorang ibu dan ayah yang sebenarnya. Hati setiap hari merintih dan mengharapkan sesuatu kebahagiaan yang akan datang seperti mana keluarga yang berada diluar sana. Adakalanya diri ini menyalahkan diri yang dilahirkan ke dunia ini.....

" Ya allah kenapa aku dilahirkan ke dunia ini....kenapa aku tidak sama dengan orang lain....ape salah yang aku lakukan sampaikan sebesar ini ujian yang ku terima...."

Baru lah aku sedar sekarang ini segala yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya. Di kesempatan ini ana ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sepejuangan yang selama ini memberikan semangat kepada diri ana untuk teruskan hidup. SAHABAT yang berada sekeliling ana inilah yang banyak memberi inspirasi kepada diri ana. Tanpa mereka tiada senyum tawa tersemat pada diri ini. Untuk itu mari kita imbas segala Epilog Silam kita dan pelajari dari segala kisah-kisah silam kita selama ini.


No comments:

Post a Comment