Thursday, April 30, 2009

ePiLog SiLaM



Selama ana hidup, telah banyak ana belajar untuk kenal erti hidup yang sebenarnya. Begitu banyak lagi perkara yang masih kita perlu lalui. Kesusahan yang selama ini ana harungi itulah yang banyak mengajar untuk ana teruskan hidup. Ana akui begitu banyak kesilapan dan dosa yang ana lakukan kepada Allah S.W.T , ibu bapa dan rakan-rakan ana, kadang-kadang ana tidak sedar itu semua. Ana leka dan alpa dengan dunia yang dikejar tanpa penghujungnya.


" Ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosaku...sesungguhnya hambamu ni banyak melakukan kesilapan dan dosa padaMu, adakalanya hambamu ini juga melupakanMu...Ya Allah sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa dan maha pengampun...Amin

Setelah 21 tahun ana mengecapi hidup di muka bumi Allah S.W.T ini. Begitu banyak ranjau dan dugaan yang ana terima, tetapi ana akui dan redha dengan segala ujian yang diberikan kepada diri ini itu semua adalah kehendakNya. Matlamat ana sebenarnya dalam hidup ini untuk menjadi manusia yang cemerlang didunia dan lebih-lebih lagi akhirat.Bukan semudah yang kita sangkakan ada liku-liku yang mendatang akan tiba di hadapan kelak.

Terima kasih ana tujukan kepada Allah S.W.T kerana ana dilahirkan menjadi hambaNya. Terima kasih juga kepada ibu dan ayah ana kerana melahirkan ana dan menjaga ana walaupun tidak sepenuhnya, ibu ayah walau begitu banyak kekurangan yang hadir pad diri kamu semua, kamu tetap ibu dan ayah ku untuk selamanya. InsyAllah kita akan ketemui juga suatu hari nanti. Ketahuilah jauh di sudut hati ini merindui kasih dan sayang dari seorang ibu dan ayah yang sebenarnya. Hati setiap hari merintih dan mengharapkan sesuatu kebahagiaan yang akan datang seperti mana keluarga yang berada diluar sana. Adakalanya diri ini menyalahkan diri yang dilahirkan ke dunia ini.....

" Ya allah kenapa aku dilahirkan ke dunia ini....kenapa aku tidak sama dengan orang lain....ape salah yang aku lakukan sampaikan sebesar ini ujian yang ku terima...."

Baru lah aku sedar sekarang ini segala yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya. Di kesempatan ini ana ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sepejuangan yang selama ini memberikan semangat kepada diri ana untuk teruskan hidup. SAHABAT yang berada sekeliling ana inilah yang banyak memberi inspirasi kepada diri ana. Tanpa mereka tiada senyum tawa tersemat pada diri ini. Untuk itu mari kita imbas segala Epilog Silam kita dan pelajari dari segala kisah-kisah silam kita selama ini.


Tuesday, April 28, 2009

" tErpaHat KenaNgan Di HaTi "

" tErpaHat KenaNgan Di HaTi " kali ini memaparkan ke sekian kalinya program BESTARI Camp di Sekolah Kebangsaan Teluk Air Tawar, Pulau Pinang. Satu-satunya program yang meninggalkan impak yang luar biasa dari sebelumnya. Begitu banyak peristiwa yang diluar jangkaan berlaku di dalam program ini, berkemungkinan juga ini adalah satu ujian dari Allah S.W.T kepada kami semua yang mengendalikan program ini.

Walau begitu banyak onak duri di lalui sepanjang program ini, dengan adanya ketabahan yang begitu menebal di dalam diri akhirnya program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Alangkah lega rasa di hati apabila mendengar respon-respon yang baik dari pihak tuan rumah [ SKTAT ] dan dari pihak ibu bapa.

Kepada adik-adik semua yang mengikuti program ini abg ingin berpesan, tingkatkan usaha kalian untuk mengecapi kejayaan yang mendatang, ketahuilah adik-adik langit tidak akan selalunya cerah maka adik-adik haruslah bersiap sedia mulai sekarang[ bersedia didalam tidak bersedia]. Biarlah ombak yang menghempas ke pantai itu membawa segala kenangan-kenangan dan menghasilkan permukaan pantai yang baru dan bersih. Jadikanlah program ini sebagai satu lembaran baru di dalam diri adik masing-masing untuk berubah menjadi manusia yang berguna di masa akan datang.




"MENEROKA POTENSI MEMBINA PERIBADI"

Thursday, April 23, 2009


Kasih-mengasihani adalah satu sifat yang semula jadi yang tertera didalam diri seseorang itu. Kadang2 muncul dan kadang2 tidak, ia terpulang kepada individu itu sendiri untuk menyerlahkan kasih dan sayang kepada seseorg.

Dalam kehidupan ini kita berhak untuk merasai kasih dan sayang dan kita juga berhak untuk memberikan kasih dan sayang kita kepada sesiapa kita suka, tidak kiralah samada kasih sayang itu diterima atau tidak.

Sering kali kasih sayang itu di salah tafsirkan, adanya kasih sayang yang lahir bermaknanya CINTA...inilah pandangan masyarakat kita selama ini yang masih memikirkan di dalam kotak fikiran yang masih dibelenggu dengan kejahilan. Kasih sayang yang harus kita perolehi dan kita kecapi adalah kasih sayang dari pencipta kita iaitu Allah S.W.T dan sama juga dengan Cinta yang hakiki iaitu kepada Allah S.W.T.

Tidak perlulah kita leka dan ternoda dengan cinta dunia ini, itu semua hanya sementara yang tiada penghujung. Dalam masa yang sama kita akan dikecewakan dan kalah dengan Kasih sayang dan Cinta yang kita taburkan. Bersiap sedia lah untuk melawan hawa nafsu yang semakin menebal untuk menutupi segala tindak tanduk kita disebaliknya. Sentiasalah berhati-hati dengan setiap langkah yang dilalui kelak. Teman2 ana nak kita sama2 hayati lagu ini....


Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang ma'af mema'afkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih TUHAN tiada bertepi
Sayang TUHAN janji-NYA pasti

Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada bakti tiada kema'afan

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oooo dunia
Moga selamat di Akhirat sana

~ Satu Titik Permulaan ~


Assalammualaikum.....

Alhamdulillah telah sekian lama memikirkan mengenai blog ini akhirnya terhasil juga madah yang terungkap dari blog ana ini. Ini hanya satu permulaan, harap sekiranya ada kekurangan atau keaiban yang tercalar di dalam blog ini....ana menyusun jari memohon kemaafan, biasalah apabila seseorg itu ingin mencuba perkara baru tidak semestinya akan terus lengkap tepatri dengan sempurna...kesilapan demi kesilapan kebarangkalian akan berlaku jadi kita sama2 blajar dari kesilapan tersebut...

Tercetusnya ilham utk membuat blog ini apabila melihat rakan-rakan ana semuanya ada blog masing-masing, jauh di sudut hati ingin mempunyai blog tapi disebabkan kekanggan masa yang tidak mengizinkan terpaksalah niat tersebut 'pending'. Sekarang dengan izin Allah ana berjaya menghasilkan blog ana sendiri dengan tidak seberapa.

Di ruangan ini ana dapatlah berkongsi serba sedikit cerita-cerita daripada antum semua, kita semua tidak akan dapat menyelesaikan masalah dengan hanya bersemuka dengan sahabat kita kadang-kadang ruang sebeginilah adalah medan untuk kita bersama2 mengeluarkan cerita2 dan idea untuk saling mengigati antara satu sam lain. Manusia ini sering lupa jadi kita sama-sama mengigati satu sama lain bagi memperkukuhkan ukhuwah antara kita.

Ana harap antum smua jgn sgan2 untuk memberikan komen dan tunjuk ajar kepada ana, sebagai persediaan bg ana untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri ana...dengan tidak adanya kritikan membina daripada antum semua,pasti ana tidak akan terkesan di mana kelemahan dan kesilapan diri ana....